Farish A. Noor

Dr. Farish Ahmad Noor (lahir 15 Mei 1967 di Georgetown, Pulau Pinang) adalah seorang penganalis politik Malaysia. Beliau kini menjadi pensyarah di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura. Beliau juga menjadi pensyarah tamu di Universitas Muhammadiyah Surakarta (UMS) dan Universiti Islam Sunan Kalijaga, Jogjakarta.